Thursday 11 February 2016

Makanan Penyebab KANSER!!

Apa yang kita makan menyumbang kepada kesihatan kita. Apakah itu KANSER? KANSER adalah pembunuh secara senyap.

Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel dalam tubuh kita. Badan kita dibina daripada jutaan unit yang di panggil sel. Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan. Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya.


Apabila umur kita semakin meningkat,
secara normalnya sel akan mati dan mengalami kecederaan. Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul. 

Kadang-kala sel-sel yang mati ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor ini akan mengelilingi sel yang sihat dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Disini saya ingin kongsikan berkenaan dengan makanan yang boleh menyebabkan kanser. Sama ada kita sedar atau pun tidak, makanan yang kita makan seharian boleh menyumbang kepada tahap kesihatan kita.



Berikut merupakan makanan yang boleh menyebabkan kanser:
1. Makanan yang di BBQ
2. Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.
3. Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.
4. Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.
5. Nasi yang disimpan lama. ( mengandungi aflatoksin )
6. Makanan yang berkurangan serat dan tinggi lemak trans.
7. Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.
8. Elakkan memakan seperti hati, buah pinggang dan otak lembu.
9. Elakkan produk-produk tenusu kerana kebanyakkan lembu diberi suntikan Growth Hormon di mana Growth hormon ini menyokong kepada perkembangan kanser sel.
10. Kurangkan makanan-makanan yang bergula.
l1. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.

Untuk kita yang masih sihat ini, adalah penting untuk kita sentiasa berjaga-jaga dalam amalan pemakanan kita. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan pemakanan tambahan. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari merawat.

#PengedarTehRerama
Facebook Personal : Rozi Rerama
Instagram : rozirerama
Whatsapp/SMS/Call : 0173485684 (Rozi)

No comments:

Post a Comment