Kencing
manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di
samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru. Statistik terbaru
menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes
Mellitus atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk
dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah
penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk
anda mengenal pasti tanda-tanda tersebut dan mendapatkan rawatan segera, bagi
mengelakkan anda dari menjadi korban penyakit kencing manis.
Jenis-jenis
kencing manis
Terdapat
dua jenis penyakit diabetes yang utama iaitu Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes
Type 1) dan Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes Type 2).
♦ Kencing Manis Jenis 1 - "Insulin Dependent
Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
Biasanya
berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.
♦ Kencing
Manis Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak
bergantung pada insulin)
Jenis
yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari
Jenis 2.
Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau
insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius
berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri
dengan insulin. Sebenarnya kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus
dengan baik.
Simptom-simptom
kencing manis:
Berikut
adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan.
Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang
mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi
kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana
tanda-tanda awalnya kurang ketara.
Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis
anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan
serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.
tanda kencing manis
10
Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
(1)
Paras gula darah tinggi
Cara
terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian
oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara
semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi
secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
(2)
Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap
ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh
menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun
setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja
lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda
membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan
anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang
berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
(3)
Hilang berat badan secara tiba-tiba
Tahap
gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang
cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang
mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana
ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu
menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
(4)
Sentiasa rasa lapar
Apabila
pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas
terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan
seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap
bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini
diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
(5)
Luka lambat sembuh
Ini
adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan
oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan
darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke
anggota-anggota badan.
(6)
Keletihan dan cepat marah
Usaha
tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda
letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam
juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya,
letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
(7)
Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita
khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj.
Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai
jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
(8)
Penglihatan kabur
Apabila
glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata,
menyebabkan penglihatan kabur.
Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah
kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan
untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
(9)
Sensasi pada tangan dan kaki
Kesemutan,
kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki - ini adalah
tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti
penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan
saraf juga akan kekal.
(10)
Kulit merengsa
Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain
seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak
menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses
penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
Whatsapp/SMS/Call : 0173485684 (Rozi)